Tips Penyewaan Untuk Pengguna


Biasanya pengguna mendapat maklumat kereta sewa melalui internet atau atas rekomendasi dari rakan-rakan. Berikut saya berikan beberapa tips untuk pengguna agar anda mendapat perkhidmatan yang memuaskan hati anda:

  1. Buat panggilan kepada nombor yang diberikan dalam laman web kereta sewa tersebut untuk memastikan ia betul. Elakkan dari menggunakan SMS atau emel sahaja agar anda tidak tertunggu-tunggu sekiranya ia lambat dibalas.
  2. Beri maklumat seperti jenis kenderaan, bilangan penumpang, destinasi, waktu tiba dan waktu pulangkan kenderaan. Buat rundingan harga sesuai dengan bajet anda.
  3. Tanya maklumat seperti kaedah pembayaran, adakah dibekalkan dengan petrol, prosedur jika berlaku kemalangan dan sebagainya yang perlu.
  4. Sahkan tempahan anda. Biasanya anda akan diminta untuk membayar sedikit bayaran pendahuluan.
  5. Sediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan dan lesen memandu.
  6. Sekiranya anda menaiki penerbangan, sila hubungi syarikat sebelum anda berlepas untuk mengesahkan masa ketibaan anda.
  7. Sewaktu menerima kenderaan, periksa dahulu kenderaan untuk memastikan keadaan kereta sebelum disewa. Perhatikan segala calar, kemek dan apa-apa sahaja keadaan yang luarbiasa pada kenderaan. Anda berhak untuk bertanya dan memberitahu keadaan tersebut kepada pegawai yang menyerahkan kenderaan.
  8. Biasanya, anda akan diminta menjelaskan baki sewaan semasa menerima kenderaan.
  9. Pandu kenderaan yang disewa mengikut had kelajuan yang dibenarkan. Sebarang saman yang dikenakan semasa kenderaan disewa adalah ditanggung oleh pengguna.
  10. Pandu kenderaan yang disewa seperti anda memandu kenderaan kesayangan anda sendiri. Maksudnya, pandu dengan berhati-hati.
  11. Sekiranya berlaku kemalangan/kerosakan, sila hubungi syarikat dengan segera. JANGAN selesaikan masalah itu sendiri.
  12. Semasa memulangkan kenderaan, pastikan keadaan kenderaan adalah sama seperti semasa diterima. Jika ada apa-apa keadaan yang luarbiasa, maklumkan kepada pegawai bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment